CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 3, 2010

Menu 24 Ramadhan 1431

Salam Ramadhan....
Dah 24 Ramadhan baru sibuk nak wat entry masak2..hahaha..ada aku kesahhh??Arini masak biasa2 je...sebenarnya dah lama teringin nak wat agar2 milo cam k.hana wat..cantik je agar2 dia..Z@ punya??..xserupa bikin..hihi..gasakla kiahhh oii..mintak mahap zahir batin copy paste ye kak..n ubah suai cket coz bahan xcukup..heee..resepi ni jugak diadaptasi dari dapur matgebu, k.nor dan k.ummi..cntik je rupe agar2 diaorg..

pssst..k.hana, ctik x agar2 ni possing..munge raya tuu..ekeke..

Bahan-bahan
Bahan (Lapisan Coklat)

* 8 gm agar-agar tali - basuh dan toskan ~ Z@ guna agar2 serbuk 10gm (mcm k.nor)
* 1 3/4 cawan air ~ Z@ letak 4 1/2 cawan air (mcm k.nor)
* 1/3 cawan gula ~ Z@ letak 7sudu besar (mcm k.nor)
* 3/4 cawan serbuk Milo ~ Z@ cmpur 1 sudu besar serbuk koko

Cara-Cara:-

* Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo@coklat, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
* Tuangkan adunan ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
* Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan milo@coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnti. Jangan sampai terlalu keras. walaupon dicakar, puding akan tertanggal juga. better ketika puding tgh goyang2. tuang dari tepi yer..(baik cikgu...hihi)

Bahan Lapisan Susu:-

* 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan) ~ Z@ guna agar2 serbuk (10gm, mcm k.nor
* 1 1/2 cawan air ~ Z@ letak 3 cawan air (mcm k.nor)
* 1/2 cawan gula ~ Z@ letak 3 sudu besar je
* 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation ~ Z@ guna susu segar 250ml + susu sejat 2 susu besar
* beberapa titis esen vanila

Cara-Cara:-

* Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
* Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
* Masukkan susu sejat dan esen vanila.
* Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan milo@coklat tadi. Letak dalam fridge..pastu leh NGAPPPP...

0 kwn-kwn Z@ a.k.a MamaSara bagi komen: